BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum...

Lama sangat dah rasa ta menaip..hehe..saya tade na ckp pape..cume na kongsi ape yg sy dpt bru2 ni.. =) ..
korang prasan ta??mnusia mmg mostly brgantung harap kt mnusia sndiri..kadang2 sy pon cmtu..tp sejauh mnekh mnusia tu bleh tlong kite??dgn izin siapa diaorang dpt tlong kite?? hmm...dlu ta pnah trpkir pon psal ni..mngkin korang pon da tao ape yg sy na ckapkn nie..

Sifat Allah itu as-samad..Dialah tempt tuk brgntung spenuhnya..kite hrus letakkan Allah as the highest center tuk bergantung harap.. ada yg ckap mnusia bleh jd tmpat luahan perasaan..iye,tp sejauh manakah mnusia itu snggup mndengar luahan perasaan kite sedangkn dia jugk mnusia yg punyai msalah sme mcm kite,yg punyai perasaan sme mcm kite..mnusia ini secara fitrahnya,ad rase bosan,,tp Allah tidak sama skali..mkin kita mengadu,makin kasih Dia pd kita..!jika kita berjalan mncari Allah,Allah berlari ke arah kita..

Kasih mnusia pd kita bleh pudar wahai teman2 sekalian,tp kasih Allah pd kita ta pernh pudar malah makin bertambah jika kita mencari-Nya..percayalh rakan2,ssungguhnya,Allah itu sentiasa ada dkt dgn kite jika kite dkt pd-Nya..tade yg lebih brkuasa selain Dia..

jom rakan2! sme2 kite kejar cnta Allah!!! chaiyyooooookkkkkkk!!!

#gud luck 4 thoose yg na exam!! jgn cuak,sbb Allah kn ade.... =)

wassalam...

Friday, October 29, 2010

ANDA SEMAKIN MATANG BILA.........


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA YANG BAKAL MENYAMBUT 1SYAWAL PADA 10 SEPTEMBER INI..
DENGAN INI,SAYA MUSFIRAH BINTI AHMAD SABRI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..SEHUBUNGAN DENGAN ITU,SAYA JUGA INGIN MENYUSUN 10 JARI MEMOHON KAMAAFAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI SAYA..


SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN...